HOT

Post Top Ad

Resepi Famous Amos Chocolate Chip Cookies




Famous Amos Chocolate Chip Cookies
resepi : #DariDapurUmmu

Bahan²
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan mentega -sye guna buttercup
1 cawan minyak -sye guna mimyk masak je
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum*
   secubit garam
1 sudu kecil cream of tatar* boleh ganti juga dengan tepung jagung.
1 sudu kecil baking soda*
1/2 cawan walnut cincang - kali ni saya guna 1 Cawan badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila

Yg bertanda ( * ) bahan saya ayak dulu..

Cara²
Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Saya pukul adunan guna mixer je. kelajuan slow jgn pukul lama.
Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip pukul guna mixer sekjp saja jgn lama agak2 sebati.
*Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..oven api atas bawah.
Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba 😊


1 ulasan:

Post Top Ad

Halaman